Friday, March 27, 2009

Pernyataan Masalah

Masalah hendaklah dinyatakan dengan jelas.

Beberapa kata kunci yang boleh gunakan untuk menyatakan masalah dengan jelas ialah

  • susah
  • lambat
  • bahaya
  • sakitp
  • penat
  • membazir wang, masa dan tenaga
  • tidak tahan lasak
  • tidak tepat
  • tidak peka

Contoh 1


Situasi masalah

Keluarga saya mengusahakan tanaman sayur-sayuran di belakang rumah. Keluasan tanaman seluas 0.25 hektar. Pelbagai sayuran ditanam yang perlu disiram setiap hari. Sebelum ini keluarga saya menyiram menggunakan kaedah biasa seperti penyiram dan paip getah. Kaedah ini memenatkan dan mengambil masa yang lama.


Pernyataan masalah

Keluarga saya menghadapi kesukaran menyiram tanaman sayur-sayuran dalam kuantiti yang banyak dengan cepat dan berkesan

Contoh 2


Situasi masalah

En Osman seorang pengusaha tanaman orkhid. Nurserinya yang seluas setengah ekar. Beliau dan pembantunya sering melakukan kerja-kerja penyiraman bermula pukul 7.00 am hingga 9.00 am pada sebelah pagi dan pada sebelah petang pada pukul 5.00 pm hingga 7.00 pm. Untuk menyiram pokok-pokok orkhidnya beliau menggunakan alat penyiram tradisional. Sistem peyiraman secara tradisional mengambil masa yang lama untuk menyiapkan kerja-kerja penyiraman tersebut. Beliau seringkali menghadapi masalah untuk menyiram pokok orkhid yang terletak tinggi dan memerlukan bantuan seperti keluarsi dan tangga. Beliau pernah terjatuh dan mengalami kecederaan.


Pernyataan masalah

Sukar dan lambat untuk melakukan proses penyiraman anak semaian dan menyebabkan kerugian akibat daripada kegagalan proses penyiraman yang tidak teratur.

contoh 3


Situasi masalah

En Osman seorang pengusaha tanaman orkhid. Nurserinya yang seluas setengah ekar. Beliau dan pembantunya sering melakukan kerja-kerja penyiraman bermula pukul 7.00 am hingga 9.00 am pada sebelah pagi dan pada sebelah petang pada pukul 5.00 pm hingga 7.00 pm. Untuk menyiram pokok-pokok orkhidnya beliau menggunakan alat penyiram tradisional. Sistem peyiraman secara tradisional mengambil masa yang lama untuk menyiapkan kerja-kerja penyiraman tersebut. Beliau seringkali menghadapi masalah untuk menyiram pokok orkhid yang terletak tinggi dan memerlukan bantuan seperti keluarsi dan tangga. Beliau pernah terjatuh dan mengalami kecederaan.


Pernyataan masalah
–Beliau mengambil masa yang lama untuk aktiviti penyiraman.
–Beliau juga menghadapi risiko kecederaan.
–Beliau menghadapi kesukaran untuk menyiram pokok-pokok orkhid yang terletak tinggi

Contoh 4


Situasi masalah

En Sulaiman merupakan seorang peniaga air tebu di Pasar Tumpat. Beliau memulakan perniagaannya dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang. Di sekitar Pasar Tumpat terdapat 5 orang peniaga air tebu. Selepas tebu dimesin dan diambil airnya, hampasnya akan dibuang. Masalahnya hampas tebu tersebut bersaiz panjang dan sukar untuk dilupuskan. Ini menyebabkan tempat perniagaanya berselerak dan kotor. Tempat pembuangan sampah juga sentiasa dipenuhi dengan hampas tebu yang melimpah keluar daripada tong sampah.


Pernyataan masalah

Dari situasi di atas, didapati terdapat masalah yang berpunca daripada hampas tebu yang sukar untuk dilupuskan. Di antara masalahnya ialah :-

Contoh 5


Situasi masalah

Keluarga saya mengusahakan vegetarian food restaurant. Semua lauk yang dimasak berasaskan sayuran sahaja. Setiap hari banyak terdapat sisa sayuran di restoran kami. Masalahnya sisa sayuran tersebut berbau busuk apabila disimpan lama. Ini menyebabkan di dapur restoran terdapat banyak lalat. Ayah saya kuatir lalat tersebut akan menyebabkan berlakunya keracunan makanan. Lori pengankut sampah pula hanya datang setiap dua hari sekali. Ini menyebabkan bertambah lagi bau sisa sayuran dan menyebabkan pelanggan restoran tidak selesa.
•Hampas tebu bersaiz panjang dan sukar untuk dilupuskan.
•Tempat perniagaan berselerak dan kotor dengan hampas tebu.
•Hampas tebu keluar daripada tong sampah di tempat pembuangan sampah.


Pernyataan masalah

Keluarga saya mengalami masalah sukar untuk melupuskan sisa sayuran yang menyebabkan ianya mengeluarkan bau yang busuk dan menganggu pelanggan restoran serta mungkin menyebabkan berlakunya keracunan makanan

4 comments:

  1. bagaimana pula untuk menghuraikan masalah dan hubungan antara pemboleh ubah? pernyataan masalah x semestinya panjang kan?

    ReplyDelete
  2. Bagaimanakah pula contoh penyataan Maslan berdasarkan kompenan mekanikal

    ReplyDelete
  3. Saya nak kecederaan kaki semasa mengakat perabot pernyataan masalah dan dan folio please help me

    ReplyDelete