Pengenalpastian Masalah
Manusia telah mula mencipta pelbagai barangan sejak dari zaman pra-sejarah bagi membantu memudahkan kehidupan seharian. Pada peringkat awal penciptaan ini lebih bersifat inventif dan telah dievolusikan secara inovatif bagi memantapkan lagi barangan tersebut dari segi fungsi, bahan pembuatan dan kebolehgunaan. Proses penciptaan dan pengubahsuaian ini kebanyakannya dihasilkan daripada pengenalpastian kebaikan dan kelemahan produk sedia ada samada secara sengaja atau tidak sengaja.
Pengenalpastian masalah dapat membantu kita mencipta produk yang lebih baik, berkualiti, mesra pengguna dan mesra alam. Pengenalpastian masalah juga membantu minda untuk berfikir secara kreatif, inventif, inovatif dan produktif. Menghubungkait beberapa perkara yang berkaitan dengan kehendak pengguna dapat menghasilkan pelbagai ciptaan atau produk baru. Asas dalam penciptaan sesuatu produk bermula dengan usaha mengenalpasti masalah yang wujud.
Mengenalpasti dan Menganalisis Masalah
Sebelum membuat sesuatu reka ciptaan yang berguna dan berpotensi untuk dipasarkan, masalah yang wujud perlu dikenalpasti dan difahami secara mendalam.
Pernyataan Masalah
Masalah yang dinyatakan perlu menunjukkan situasi bermasalah dan individu berkeperluan yang terlibat. Perlu juga dijelaskan kesan dan akibat buruk masalah itu.
Situasi boleh merangkumi aspek-aspek:
- Tempat
- Masa
- Keadaan fizikal (seperti suhu, ruang, saiz, berat, kelajuan)
Menerangkan siapa yang mengalami masalah itu. Ini boleh merangkumi aspek-aspek:
- Latar belakang (seperti kerjaya, saiz keluarga, lokasi kediaman dan
kewangan)
- Jantina
- Peringkat usia (seperti remaja, orang tua)
- Keadaan kesihatan/fizikal
- Bangsa dan kebudayaan
- Agama
Menyatakan kesan atau akibat yang disebabkan oleh masalah itu. Kesan atau akibat boleh melibatkan aspek :
- Kesihatan
- Keselamatan
- Pembaziran masa, wang, tenaga dan bahan
- Interaksi sosial
- Mental emosi
Friday, March 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment