Friday, March 27, 2009

Contoh 1 Soalan Soal Selidik

PERNYATAAN MASALAH

Guru mata pelajaran Sejarah kelas saya, Pn. Che Normah adalah seorang pesakit asma . Beliau tidak boleh ,menghidu serbuk kapur kerana ia boleh menyebabkan batuk dan seterusnya mengalami kesukaran bernafas. Bagi mengelakan tersedut serbuk kapur ketika menulis, beliau menutup hidung dan mulut dengan menggunakan sapu tangan. Namun serbuk kapur yang terkumpul di papan hitam seringkali berterbangan .

Masaalah yang sama dialami oleh rakan-rakan saya kerana ditugaskan untuk melupuskan serbuk kapur pada pengumpul serbuk kapur papan hitam setiap minggu. Mereka juga sering mengadu mengenai pakaian yang kotor disebabkan habuk kapur yang terkumpul di bawah papan hitam.

Dari situasi di atas, masalah yanng dikenalpasti adalah untuk melupuskan serbuk kapur pada pengumpul habuk papan hitam iaitu seperti membahayakan kesihatan dan mengotorkan pakaian.

BORANG SOAL SELIDIK

SEKOLAH : ___________________________________________________________

TARIKH : ________________

Tandakan (x) pada ruangan yang disediakan.

1. Saya adalah seorang

Guru sekolah kerajaan ( )
Pelajar sekolah kerajaan ( )
Guru sekolah swasta ( )
Pelajar sekolah swasta ( )

2. Jika anda seorang guru, adakah anda menggunakan papan hitam dan kapur dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) kelas anda ?

Ya ( ) Tidak ( )

3. Jika Ya, apakah tahap penggunaan papan hitam dan kapur dalam sesi P&P anda ?

Minimum ( ) Optimum ( )

4. Jika anda seorang pelajar , pernahkah andamembersihkan pengumpul serbuk kapur pada papan hitam?

Ya ( ) Tidak ( )

5. Jika Ya, apakah cara yang anda gunakan ?

Menyedut ( ) Menyapu ( ) Lain-lain ( )

6. Adakah anda seorang pesakit asma ?

Ya ( ) Tidak ( )

7. Adakah anda mempunyai sebarang penyakit alahan berpunca daripada serbuk kapur pada pengumpul papan hitam berterbangan?

Ya ( ) Tidak ( )

8. Adakah anda bimbang menjadi pesakit asma berpunca daripada serbuk kapur pada pengumpul papan hitam?

Ya ( ) Tidak ( )


9. Adakah anda batuk apabila serbuk kapur pada pengumpul kapur papan hitam berterbangan?

Ya ( ) Tidak ( )

No comments:

Post a Comment