Saturday, March 28, 2009

Gear Taji

Gear Taji
  • - Kebanyakkan alat menggunakan gear ini
  • seperti yang terdapat dalam mesin basuh,
  • mesin faks, printer, skru driver elektrik.
    - Yang besar dinamakan Gear dan yang kecil
  • dinamakan pinion.
  • - Kedua-dua gear dan pinion mempunyai gigi
  • lurus dan berpaut (mesh) bersama untuk
  • menghasilkan pergerakan
    - Kelebihan: mudah disesuaikan dengan mana-
  • mana design, mudah didapati dan murah.
    - Kelemahan: bising sebab perlanggaran antara
  • gigi semasa pergerakan.















Sistem Gear

Definisi

1. Gear ialah satu roda bula yang bergigi di dekelilingnya.
2. Kombinasi gear akan mengawal kelajuan, meninggi atau merendahkan daya kilas atau
menukar arah gerakan mesin.
3. Gear dipasang pada aci sesebuah motor dan digabungkan untuk menghasilkan putaran atau
pemindahan tenaga.

Arah pemindahan bergantung kepada:

1. bilangan gigi gear.
2. kedudukan aci samada selari,bersilang dan bersudut.


Jenis Gear


1. Gear taji
2. Gear heliks
3. Gear serong
4. Gear belitan
5. Gear rak dan pinang

Gear ini akan menghasilkan suatu putaran yang berlawanan arah























Menggunakan gabungan saiz gear yang berbeza boleh meningkatkan atau mengurangkan daya kilas putaran









SISTEM

Definisi Sistem
  1. Sistem dalam sesuatu alat ialah bahagian yang mengawal operasi kefungsian alat itu.
  2. Tanpa sistem sesuatu alat itu tidak akan berfungsi.
  3. Sistem adalah gabungan beberapa elemen atau komponen yang boleh beroperasi mengikut fungsi yang diprogram untuk melakukan kerja.

Keperluan Sistem

  1. Mengurangkan usaha atau tenaga untuk melakukan sesuatu kerja
  2. Menambahkan kemampuan untuk mengangkat atau mengalihkan sesuatu barang yang berat

Jenis-Jenis Sistem :

  1. Sistem Makanikal
  2. Sistem Elektrik
  3. Sistem Elektronik
  4. Sistem Kawalan

Sistem Mekanikal

  1. Sistem mekanikal mengurangkan tenaga mekanikal manusia untuk melakukan kerja.
  2. Biasanya terdiri daripada beberapa elemen mekanikal untuk membentuk mesin muda .
  3. Gabungan komponen yang membolehkan sesuatu barangan berfungsi, bergerak atau berputar.
  4. Pergerakkan mekanikal bertujuan memindahkan suatu sumber gerakan (motor) kepada satu gerakan lain (output)

Jenis Sistem Mekanikal

  1. Sistem Tuas
  2. Sistem Sesondol
  3. S. Penyambung Mekanikal
  4. Sistem Ulir Skru
  5. Sistem Engkol
  6. Sistem Pneumatik
  7. Sistem Takal
  8. Sistem Hidraulik
  9. Sistem Gear

Friday, March 27, 2009

Pernyataan Masalah

Masalah hendaklah dinyatakan dengan jelas.

Beberapa kata kunci yang boleh gunakan untuk menyatakan masalah dengan jelas ialah

  • susah
  • lambat
  • bahaya
  • sakitp
  • penat
  • membazir wang, masa dan tenaga
  • tidak tahan lasak
  • tidak tepat
  • tidak peka

Contoh 1


Situasi masalah

Keluarga saya mengusahakan tanaman sayur-sayuran di belakang rumah. Keluasan tanaman seluas 0.25 hektar. Pelbagai sayuran ditanam yang perlu disiram setiap hari. Sebelum ini keluarga saya menyiram menggunakan kaedah biasa seperti penyiram dan paip getah. Kaedah ini memenatkan dan mengambil masa yang lama.


Pernyataan masalah

Keluarga saya menghadapi kesukaran menyiram tanaman sayur-sayuran dalam kuantiti yang banyak dengan cepat dan berkesan

Contoh 2


Situasi masalah

En Osman seorang pengusaha tanaman orkhid. Nurserinya yang seluas setengah ekar. Beliau dan pembantunya sering melakukan kerja-kerja penyiraman bermula pukul 7.00 am hingga 9.00 am pada sebelah pagi dan pada sebelah petang pada pukul 5.00 pm hingga 7.00 pm. Untuk menyiram pokok-pokok orkhidnya beliau menggunakan alat penyiram tradisional. Sistem peyiraman secara tradisional mengambil masa yang lama untuk menyiapkan kerja-kerja penyiraman tersebut. Beliau seringkali menghadapi masalah untuk menyiram pokok orkhid yang terletak tinggi dan memerlukan bantuan seperti keluarsi dan tangga. Beliau pernah terjatuh dan mengalami kecederaan.


Pernyataan masalah

Sukar dan lambat untuk melakukan proses penyiraman anak semaian dan menyebabkan kerugian akibat daripada kegagalan proses penyiraman yang tidak teratur.

contoh 3


Situasi masalah

En Osman seorang pengusaha tanaman orkhid. Nurserinya yang seluas setengah ekar. Beliau dan pembantunya sering melakukan kerja-kerja penyiraman bermula pukul 7.00 am hingga 9.00 am pada sebelah pagi dan pada sebelah petang pada pukul 5.00 pm hingga 7.00 pm. Untuk menyiram pokok-pokok orkhidnya beliau menggunakan alat penyiram tradisional. Sistem peyiraman secara tradisional mengambil masa yang lama untuk menyiapkan kerja-kerja penyiraman tersebut. Beliau seringkali menghadapi masalah untuk menyiram pokok orkhid yang terletak tinggi dan memerlukan bantuan seperti keluarsi dan tangga. Beliau pernah terjatuh dan mengalami kecederaan.


Pernyataan masalah
–Beliau mengambil masa yang lama untuk aktiviti penyiraman.
–Beliau juga menghadapi risiko kecederaan.
–Beliau menghadapi kesukaran untuk menyiram pokok-pokok orkhid yang terletak tinggi

Contoh 4


Situasi masalah

En Sulaiman merupakan seorang peniaga air tebu di Pasar Tumpat. Beliau memulakan perniagaannya dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang. Di sekitar Pasar Tumpat terdapat 5 orang peniaga air tebu. Selepas tebu dimesin dan diambil airnya, hampasnya akan dibuang. Masalahnya hampas tebu tersebut bersaiz panjang dan sukar untuk dilupuskan. Ini menyebabkan tempat perniagaanya berselerak dan kotor. Tempat pembuangan sampah juga sentiasa dipenuhi dengan hampas tebu yang melimpah keluar daripada tong sampah.


Pernyataan masalah

Dari situasi di atas, didapati terdapat masalah yang berpunca daripada hampas tebu yang sukar untuk dilupuskan. Di antara masalahnya ialah :-

Contoh 5


Situasi masalah

Keluarga saya mengusahakan vegetarian food restaurant. Semua lauk yang dimasak berasaskan sayuran sahaja. Setiap hari banyak terdapat sisa sayuran di restoran kami. Masalahnya sisa sayuran tersebut berbau busuk apabila disimpan lama. Ini menyebabkan di dapur restoran terdapat banyak lalat. Ayah saya kuatir lalat tersebut akan menyebabkan berlakunya keracunan makanan. Lori pengankut sampah pula hanya datang setiap dua hari sekali. Ini menyebabkan bertambah lagi bau sisa sayuran dan menyebabkan pelanggan restoran tidak selesa.
•Hampas tebu bersaiz panjang dan sukar untuk dilupuskan.
•Tempat perniagaan berselerak dan kotor dengan hampas tebu.
•Hampas tebu keluar daripada tong sampah di tempat pembuangan sampah.


Pernyataan masalah

Keluarga saya mengalami masalah sukar untuk melupuskan sisa sayuran yang menyebabkan ianya mengeluarkan bau yang busuk dan menganggu pelanggan restoran serta mungkin menyebabkan berlakunya keracunan makanan

Persembahan Data atau Maklumat

Segala data atau maklumat yang diperolehi hendaklah dipersembahkan dengan jelas. Persembahan data atau maklumat boleh ditulis dalam bentuk :




  • Jadual

  • Senarai

  • Carta

  • Graf

Saya telah membuat kaji selidik berdasarkan 120 borang yang telah dikumpulkan.

Hasil soal selidik dapat dirumuskan seperti jadual di bawah.

Contoh 2 Soalan Soal Selidik

Pernyataan Masalah

Pada bulan lepas kedai Pak Ali telah dikunjungi oleh beberapa orang pelanggan. Daripada beberapa orang pelanggan itu, salah seorang daripada mereka ingin membeli tong gas. Pelanggang itu memberitahu PakAli bahawa ia hendaklah menghantar tong gas itu secepat mungkin.

Jarak kedai Pak Ali dan rumah pelanggan itu ialah 200 meter. Jadi mengikut tanggapan Pak Ali , dia tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menghantar gas tersebut. Setelah melayani kesemua pelanggan pak Ali segera pergi ke stor untuk mengambil dan menghantar tong gas ke rumah pelanggan.

Untuk mengeluarkan tong gas tersebut Pak Ali terpaksa memikul tong gas tersebut. Keadaan itu menyebabkan pinggang Pak Ali selalu sakit. Ini menyebabkan Pak Ali tidak dapat memenuhi kehendak penlanggan sebagaimana yang dijanjikan.

Borang soal selidik :

1. Adakah di kedai anda menjual gas memasak kepada pelanggan.

Ya ( )
Tidak ( )

2. Adakah anda mengambil masa yang lama untuk menghantar gas memasak ke rumah pelanggan anda

Ya ( )
Tidak ( )

3. Bagaimanakah anda memindahkan tong gas dari stor atau kedai ke rumah pelanggan anda.

Memikul ( )
Menggunakan alat khas ( )

4. Sekiranya ada memikul tong gas, adakah anda mengalami masalah sakit pinggang selepas melakukan kerja tersebut.

Ya ( )
Tidak ( )


5. Adakah anda dapat memenuhi semua kehendak pelanggan anda sebagaimana anda janjikan.

Ya ( )
Tidak ( )

Contoh 1 Soalan Soal Selidik

PERNYATAAN MASALAH

Guru mata pelajaran Sejarah kelas saya, Pn. Che Normah adalah seorang pesakit asma . Beliau tidak boleh ,menghidu serbuk kapur kerana ia boleh menyebabkan batuk dan seterusnya mengalami kesukaran bernafas. Bagi mengelakan tersedut serbuk kapur ketika menulis, beliau menutup hidung dan mulut dengan menggunakan sapu tangan. Namun serbuk kapur yang terkumpul di papan hitam seringkali berterbangan .

Masaalah yang sama dialami oleh rakan-rakan saya kerana ditugaskan untuk melupuskan serbuk kapur pada pengumpul serbuk kapur papan hitam setiap minggu. Mereka juga sering mengadu mengenai pakaian yang kotor disebabkan habuk kapur yang terkumpul di bawah papan hitam.

Dari situasi di atas, masalah yanng dikenalpasti adalah untuk melupuskan serbuk kapur pada pengumpul habuk papan hitam iaitu seperti membahayakan kesihatan dan mengotorkan pakaian.

BORANG SOAL SELIDIK

SEKOLAH : ___________________________________________________________

TARIKH : ________________

Tandakan (x) pada ruangan yang disediakan.

1. Saya adalah seorang

Guru sekolah kerajaan ( )
Pelajar sekolah kerajaan ( )
Guru sekolah swasta ( )
Pelajar sekolah swasta ( )

2. Jika anda seorang guru, adakah anda menggunakan papan hitam dan kapur dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) kelas anda ?

Ya ( ) Tidak ( )

3. Jika Ya, apakah tahap penggunaan papan hitam dan kapur dalam sesi P&P anda ?

Minimum ( ) Optimum ( )

4. Jika anda seorang pelajar , pernahkah andamembersihkan pengumpul serbuk kapur pada papan hitam?

Ya ( ) Tidak ( )

5. Jika Ya, apakah cara yang anda gunakan ?

Menyedut ( ) Menyapu ( ) Lain-lain ( )

6. Adakah anda seorang pesakit asma ?

Ya ( ) Tidak ( )

7. Adakah anda mempunyai sebarang penyakit alahan berpunca daripada serbuk kapur pada pengumpul papan hitam berterbangan?

Ya ( ) Tidak ( )

8. Adakah anda bimbang menjadi pesakit asma berpunca daripada serbuk kapur pada pengumpul papan hitam?

Ya ( ) Tidak ( )


9. Adakah anda batuk apabila serbuk kapur pada pengumpul kapur papan hitam berterbangan?

Ya ( ) Tidak ( )

Soalan Pengumpualan Data dan Maklumat

1. Aktiviti pengumpulan data atau maklumat boleh dilakukan melalui beberapa kaedah .
Senaraikan aktiviti yang boleh dilakukan dalam:-

  1. Kaedah Pemerhatian:
  2. Kaedah Soal Selidik
  3. Kaedah Temubual

2. Subra ditugaskan mengumpul maklumat tentang masalah menghancurkan kacang soya untuk menghasilkan jus.

Nyatakan empat kaedah pengumpulan maklumat yang digunakan oleh Subra.

(i) …………………………………………………

(ii) …………………………………………………

(iii) ……………………………………………….

(iv) ………………………………………………..

3. Berikut adalah aktiviti atau proses pengumpulan data melalui kaedah temu bual yang tidak tersusun. Susunkan mengikut turutan yang betul.

Menyediakan soalan untuk sesi temu bual.

Mengenalpasti ketagori responden.

Merekod dan menganalisis jawapan responden.

Membuat temu janji dengan responden.

Pengumpulan Data dan Maklumat

Tujuan pengumpulan data adalah untuk menunjukkan bahawa masalah yang dinyatakan benar-benar wujud dan memerlukan penyelesaian.

Kaedah Pengumpulan Data

Kaedah pengumpulan data atau maklumat boleh dilakukan melalui

- pemerhatian
- soal selidik
- temubual
- pengalaman sendiri atau orang lain
- kajian daripada artikel, jurnal dan lain-lain

Pemerhatian

Memerhati suatu situasi atau aktiviti yang berkaitan dengan masalah yang dikaji.

Aktiviti:

  1. mengenalpasti tempat / lokasi / masa untuk membuat pemerhatian.
  2. mencatat maklumat yang relevan, jika perlu ambil gambar foto.
  3. lebih kerap pemerhatian dibuat, data yang diperoleh lebih tepat di
    beberapa tempat.

Soal selidik


Kaedah kajian yang menggunakan set soalan untuk mendapatkan data atau maklumat yang diperlukan bagi tujuan untuk dianalisis secara statistik .


Aktiviti:

  1. menyediakan borang soal selidik
    - soalan mudah dan tepat
    - gunakan jawapan soalan yang berbentuk ya/tidak, betul/salah
    - soalan hendaklah berkaitan dengan masalah dan reka ciptaan sedia ada yang dikenalpasti.
  2. menentukan bilangan sampel, bilangan yang sama banyak boleh memberi maklumat yang lebih tepat.
  3. mengumpulkan borang soal selidik yang telah diedarkan.
  4. menganalisis maklumat yang diperoleh.

Temu bual


Bertemu secara langsung dengan responden dan mengemukakan soalan secara lisan.


Aktiviti:

  1. mengenalpasti responden
  2. menetapkan masa, tempat dan tarikh temujanji
  3. menyediakan soalan yang berkaitan
  4. merekodkan jawapan responden ke buku idea / pita rakaman / rakaman video.

Pengalaman sendiri / orang lain


Menceritakan pengalaman yang dilalui samada pengalaman sendiri atau orang lain.


Aktiviti:

  1. menyatakan masa dan tempat di mana kejadian itu berlaku.
  2. Menerangkan kejadian yang berkaitan dengan masalah.

Kajian Perpustakaan


Melakukan kajian menggunakan bahan-bahan media seperti media cetak meliputi buku rujukan, jurnal , majalah ,artikel dan media elektronik.


Aktiviti:

  1. membuat rujukan / kajian melalui media cetak / elektronik
  2. menyatakan sumber kajian
    - media cetak : pengarang, judul, penerbit, tempat dan muka surat.
    - media elektronik: jenis (radio / tv), tajuk siaran, tarikh dan masa.

Proses Mereka Cipta

Pengenalpastian Masalah

Manusia telah mula mencipta pelbagai barangan sejak dari zaman pra-sejarah bagi membantu memudahkan kehidupan seharian. Pada peringkat awal penciptaan ini lebih bersifat inventif dan telah dievolusikan secara inovatif bagi memantapkan lagi barangan tersebut dari segi fungsi, bahan pembuatan dan kebolehgunaan. Proses penciptaan dan pengubahsuaian ini kebanyakannya dihasilkan daripada pengenalpastian kebaikan dan kelemahan produk sedia ada samada secara sengaja atau tidak sengaja.

Pengenalpastian masalah dapat membantu kita mencipta produk yang lebih baik, berkualiti, mesra pengguna dan mesra alam. Pengenalpastian masalah juga membantu minda untuk berfikir secara kreatif, inventif, inovatif dan produktif. Menghubungkait beberapa perkara yang berkaitan dengan kehendak pengguna dapat menghasilkan pelbagai ciptaan atau produk baru. Asas dalam penciptaan sesuatu produk bermula dengan usaha mengenalpasti masalah yang wujud.

Mengenalpasti dan Menganalisis Masalah

Sebelum membuat sesuatu reka ciptaan yang berguna dan berpotensi untuk dipasarkan, masalah yang wujud perlu dikenalpasti dan difahami secara mendalam.

Pernyataan Masalah

Masalah yang dinyatakan perlu menunjukkan situasi bermasalah dan individu berkeperluan yang terlibat. Perlu juga dijelaskan kesan dan akibat buruk masalah itu.
Situasi boleh merangkumi aspek-aspek:

- Tempat
- Masa
- Keadaan fizikal (seperti suhu, ruang, saiz, berat, kelajuan)

Menerangkan siapa yang mengalami masalah itu. Ini boleh merangkumi aspek-aspek:

- Latar belakang (seperti kerjaya, saiz keluarga, lokasi kediaman dan
kewangan)
- Jantina
- Peringkat usia (seperti remaja, orang tua)
- Keadaan kesihatan/fizikal
- Bangsa dan kebudayaan
- Agama

Menyatakan kesan atau akibat yang disebabkan oleh masalah itu. Kesan atau akibat boleh melibatkan aspek :

- Kesihatan
- Keselamatan
- Pembaziran masa, wang, tenaga dan bahan
- Interaksi sosial
- Mental emosi

Sifat Seorang Pereka

Potensi seseorang pereka cipta boleh dilihat melalui pemerhatian dan hasil kerja yang dihasilkan. Sikap, sifat dan perlakuan seseorang itu boleh menggambarkan minat dan potensi dirinya.

Seseorang yang berpotensi untuk mereka cipta mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. sentiasa melihat sesuatu masalah dan perkara daripada pelbagai sudut persepsi,
  2. sentiasa berminat kepada sesuatu yang baru,
  3. sentiasa kreatif di dalam menyuarakan pendapat dan idea,
  4. sentiasa berminat menghasilkan sesuatu produk.

REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PRODUK

Bidang ini menghuraikan tentang maksud reka cipta dan kepentingnya kepada masyarakat dan negara. Perkara lain yang cuba di perjelaskan dalam bidang ini ialah prasyarat untuk mereka cipta seperti suasana suasana persekitaran, keperluan diri, pengalaman, pengetahuan dan kemahiran serta bakat. Dimuatkan juga unsur-unsur kreativiti di dalam mereka cipta, sifat-sifat seorang pereka cipta dan proses serta teknik reka cipta.

Reka Cipta

"Invention...means the process of devising and producing by independent investigation, experimentation, and mental activity something which is useful and which was not previously known or existing. An invention involves such high order of mental activity that the inventor is usually acclaimed even if the invention is not a commercial success. Often inventions are put into use after they become public property."
William Middendorf, writer of “What Every Engineer Should Know About Inventing”.

Suatu Masa Dahulu...

Suatu persoalan
•Bagaimana manusia bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain?
•Bagaimana manusia melihat di dalam gelap sebelum adanya lilin?
•Bagaimana manusia menyampaikan maklumat kepada suatu tempat yang jauh?
•Bagaimana…?
•Bagaimana…?
•Bagaimana…?
•Bagaimana…?Bagaimana…?

Semalam ....................

•Bagaimana pereka cipta terfikir untuk mereka cipta?
•Bagaimana mereka merancang untuk mereka cipta?
•Bagaimana mereka membina reka ciptaan mereka?
•Adakah setiap kali mereka berjaya setiap kali mereka mencuba

Seterusnya ...................

  • What
  • When
  • How
  • Where
  • Which
  • Why

Melalui kritikan menghasilkan produk baru atau pengubahsuain produk sedia ada menjadi lebih baik