Wednesday, April 1, 2009

Gear Belitan










  • Gear ini berbentuk sebatang acibergigi (berbentuk ulir) yang bersirat dengan gear berbentuk bulat.


  • Digunakan untuk memindahkan daya putaran aci kepada sudut tertentu dan mengurangkan kelajuan mesin.


  • Digunakan ntuk menukarkan pergerakan lurus kepada pergerakan membulat, tidak pergerakan membualat kepada lurus


  • Digunakan dengan meluas dalam sistem pemindahan


  • Kelebihan: nisbah gear yang sangat tinggi dan kelebihan mengunci.
    Kelemahan: pergerakan sehala sahaja.


  • Contoh penggunaan : sepana boleh laras, pengadun elektrik

Gear Serong






  • Gear serong berbentuk kon

  • Giginya pelbagai design - lurus atau berpital

  • Digunakan untuk menukar gerakan putaran biasanya 90 darjah

  • Shaf kedua-duanya berkeadaan 90 darjah.

  • Cotoh penggunaan gear serong : pemukul telur, gerudi tangan.

Gear Helik








  • Gear ini berbentuk helik dan bersudut dengan paksi gear.

  • Direka untuk mengurunag bising, beroperasi lebih licin berbanding gear taji.

  • Digunakan untuk menghubungkan dua gandar yang selari.

  • Contoh penggunaan : Sistem gear kereta untuk menukar kelajuan rendah kepada kelajuan tinggi.

Saturday, March 28, 2009

Gear Taji

Gear Taji
  • - Kebanyakkan alat menggunakan gear ini
  • seperti yang terdapat dalam mesin basuh,
  • mesin faks, printer, skru driver elektrik.
    - Yang besar dinamakan Gear dan yang kecil
  • dinamakan pinion.
  • - Kedua-dua gear dan pinion mempunyai gigi
  • lurus dan berpaut (mesh) bersama untuk
  • menghasilkan pergerakan
    - Kelebihan: mudah disesuaikan dengan mana-
  • mana design, mudah didapati dan murah.
    - Kelemahan: bising sebab perlanggaran antara
  • gigi semasa pergerakan.















Sistem Gear

Definisi

1. Gear ialah satu roda bula yang bergigi di dekelilingnya.
2. Kombinasi gear akan mengawal kelajuan, meninggi atau merendahkan daya kilas atau
menukar arah gerakan mesin.
3. Gear dipasang pada aci sesebuah motor dan digabungkan untuk menghasilkan putaran atau
pemindahan tenaga.

Arah pemindahan bergantung kepada:

1. bilangan gigi gear.
2. kedudukan aci samada selari,bersilang dan bersudut.


Jenis Gear


1. Gear taji
2. Gear heliks
3. Gear serong
4. Gear belitan
5. Gear rak dan pinang

Gear ini akan menghasilkan suatu putaran yang berlawanan arah























Menggunakan gabungan saiz gear yang berbeza boleh meningkatkan atau mengurangkan daya kilas putaran









SISTEM

Definisi Sistem
  1. Sistem dalam sesuatu alat ialah bahagian yang mengawal operasi kefungsian alat itu.
  2. Tanpa sistem sesuatu alat itu tidak akan berfungsi.
  3. Sistem adalah gabungan beberapa elemen atau komponen yang boleh beroperasi mengikut fungsi yang diprogram untuk melakukan kerja.

Keperluan Sistem

  1. Mengurangkan usaha atau tenaga untuk melakukan sesuatu kerja
  2. Menambahkan kemampuan untuk mengangkat atau mengalihkan sesuatu barang yang berat

Jenis-Jenis Sistem :

  1. Sistem Makanikal
  2. Sistem Elektrik
  3. Sistem Elektronik
  4. Sistem Kawalan

Sistem Mekanikal

  1. Sistem mekanikal mengurangkan tenaga mekanikal manusia untuk melakukan kerja.
  2. Biasanya terdiri daripada beberapa elemen mekanikal untuk membentuk mesin muda .
  3. Gabungan komponen yang membolehkan sesuatu barangan berfungsi, bergerak atau berputar.
  4. Pergerakkan mekanikal bertujuan memindahkan suatu sumber gerakan (motor) kepada satu gerakan lain (output)

Jenis Sistem Mekanikal

  1. Sistem Tuas
  2. Sistem Sesondol
  3. S. Penyambung Mekanikal
  4. Sistem Ulir Skru
  5. Sistem Engkol
  6. Sistem Pneumatik
  7. Sistem Takal
  8. Sistem Hidraulik
  9. Sistem Gear

Friday, March 27, 2009

Pernyataan Masalah

Masalah hendaklah dinyatakan dengan jelas.

Beberapa kata kunci yang boleh gunakan untuk menyatakan masalah dengan jelas ialah

  • susah
  • lambat
  • bahaya
  • sakitp
  • penat
  • membazir wang, masa dan tenaga
  • tidak tahan lasak
  • tidak tepat
  • tidak peka

Contoh 1


Situasi masalah

Keluarga saya mengusahakan tanaman sayur-sayuran di belakang rumah. Keluasan tanaman seluas 0.25 hektar. Pelbagai sayuran ditanam yang perlu disiram setiap hari. Sebelum ini keluarga saya menyiram menggunakan kaedah biasa seperti penyiram dan paip getah. Kaedah ini memenatkan dan mengambil masa yang lama.


Pernyataan masalah

Keluarga saya menghadapi kesukaran menyiram tanaman sayur-sayuran dalam kuantiti yang banyak dengan cepat dan berkesan

Contoh 2


Situasi masalah

En Osman seorang pengusaha tanaman orkhid. Nurserinya yang seluas setengah ekar. Beliau dan pembantunya sering melakukan kerja-kerja penyiraman bermula pukul 7.00 am hingga 9.00 am pada sebelah pagi dan pada sebelah petang pada pukul 5.00 pm hingga 7.00 pm. Untuk menyiram pokok-pokok orkhidnya beliau menggunakan alat penyiram tradisional. Sistem peyiraman secara tradisional mengambil masa yang lama untuk menyiapkan kerja-kerja penyiraman tersebut. Beliau seringkali menghadapi masalah untuk menyiram pokok orkhid yang terletak tinggi dan memerlukan bantuan seperti keluarsi dan tangga. Beliau pernah terjatuh dan mengalami kecederaan.


Pernyataan masalah

Sukar dan lambat untuk melakukan proses penyiraman anak semaian dan menyebabkan kerugian akibat daripada kegagalan proses penyiraman yang tidak teratur.

contoh 3


Situasi masalah

En Osman seorang pengusaha tanaman orkhid. Nurserinya yang seluas setengah ekar. Beliau dan pembantunya sering melakukan kerja-kerja penyiraman bermula pukul 7.00 am hingga 9.00 am pada sebelah pagi dan pada sebelah petang pada pukul 5.00 pm hingga 7.00 pm. Untuk menyiram pokok-pokok orkhidnya beliau menggunakan alat penyiram tradisional. Sistem peyiraman secara tradisional mengambil masa yang lama untuk menyiapkan kerja-kerja penyiraman tersebut. Beliau seringkali menghadapi masalah untuk menyiram pokok orkhid yang terletak tinggi dan memerlukan bantuan seperti keluarsi dan tangga. Beliau pernah terjatuh dan mengalami kecederaan.


Pernyataan masalah
–Beliau mengambil masa yang lama untuk aktiviti penyiraman.
–Beliau juga menghadapi risiko kecederaan.
–Beliau menghadapi kesukaran untuk menyiram pokok-pokok orkhid yang terletak tinggi

Contoh 4


Situasi masalah

En Sulaiman merupakan seorang peniaga air tebu di Pasar Tumpat. Beliau memulakan perniagaannya dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang. Di sekitar Pasar Tumpat terdapat 5 orang peniaga air tebu. Selepas tebu dimesin dan diambil airnya, hampasnya akan dibuang. Masalahnya hampas tebu tersebut bersaiz panjang dan sukar untuk dilupuskan. Ini menyebabkan tempat perniagaanya berselerak dan kotor. Tempat pembuangan sampah juga sentiasa dipenuhi dengan hampas tebu yang melimpah keluar daripada tong sampah.


Pernyataan masalah

Dari situasi di atas, didapati terdapat masalah yang berpunca daripada hampas tebu yang sukar untuk dilupuskan. Di antara masalahnya ialah :-

Contoh 5


Situasi masalah

Keluarga saya mengusahakan vegetarian food restaurant. Semua lauk yang dimasak berasaskan sayuran sahaja. Setiap hari banyak terdapat sisa sayuran di restoran kami. Masalahnya sisa sayuran tersebut berbau busuk apabila disimpan lama. Ini menyebabkan di dapur restoran terdapat banyak lalat. Ayah saya kuatir lalat tersebut akan menyebabkan berlakunya keracunan makanan. Lori pengankut sampah pula hanya datang setiap dua hari sekali. Ini menyebabkan bertambah lagi bau sisa sayuran dan menyebabkan pelanggan restoran tidak selesa.
•Hampas tebu bersaiz panjang dan sukar untuk dilupuskan.
•Tempat perniagaan berselerak dan kotor dengan hampas tebu.
•Hampas tebu keluar daripada tong sampah di tempat pembuangan sampah.


Pernyataan masalah

Keluarga saya mengalami masalah sukar untuk melupuskan sisa sayuran yang menyebabkan ianya mengeluarkan bau yang busuk dan menganggu pelanggan restoran serta mungkin menyebabkan berlakunya keracunan makanan