Friday, March 27, 2009

Contoh 2 Soalan Soal Selidik

Pernyataan Masalah

Pada bulan lepas kedai Pak Ali telah dikunjungi oleh beberapa orang pelanggan. Daripada beberapa orang pelanggan itu, salah seorang daripada mereka ingin membeli tong gas. Pelanggang itu memberitahu PakAli bahawa ia hendaklah menghantar tong gas itu secepat mungkin.

Jarak kedai Pak Ali dan rumah pelanggan itu ialah 200 meter. Jadi mengikut tanggapan Pak Ali , dia tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menghantar gas tersebut. Setelah melayani kesemua pelanggan pak Ali segera pergi ke stor untuk mengambil dan menghantar tong gas ke rumah pelanggan.

Untuk mengeluarkan tong gas tersebut Pak Ali terpaksa memikul tong gas tersebut. Keadaan itu menyebabkan pinggang Pak Ali selalu sakit. Ini menyebabkan Pak Ali tidak dapat memenuhi kehendak penlanggan sebagaimana yang dijanjikan.

Borang soal selidik :

1. Adakah di kedai anda menjual gas memasak kepada pelanggan.

Ya ( )
Tidak ( )

2. Adakah anda mengambil masa yang lama untuk menghantar gas memasak ke rumah pelanggan anda

Ya ( )
Tidak ( )

3. Bagaimanakah anda memindahkan tong gas dari stor atau kedai ke rumah pelanggan anda.

Memikul ( )
Menggunakan alat khas ( )

4. Sekiranya ada memikul tong gas, adakah anda mengalami masalah sakit pinggang selepas melakukan kerja tersebut.

Ya ( )
Tidak ( )


5. Adakah anda dapat memenuhi semua kehendak pelanggan anda sebagaimana anda janjikan.

Ya ( )
Tidak ( )

No comments:

Post a Comment