Friday, March 27, 2009

Pengumpulan Data dan Maklumat

Tujuan pengumpulan data adalah untuk menunjukkan bahawa masalah yang dinyatakan benar-benar wujud dan memerlukan penyelesaian.

Kaedah Pengumpulan Data

Kaedah pengumpulan data atau maklumat boleh dilakukan melalui

- pemerhatian
- soal selidik
- temubual
- pengalaman sendiri atau orang lain
- kajian daripada artikel, jurnal dan lain-lain

Pemerhatian

Memerhati suatu situasi atau aktiviti yang berkaitan dengan masalah yang dikaji.

Aktiviti:

  1. mengenalpasti tempat / lokasi / masa untuk membuat pemerhatian.
  2. mencatat maklumat yang relevan, jika perlu ambil gambar foto.
  3. lebih kerap pemerhatian dibuat, data yang diperoleh lebih tepat di
    beberapa tempat.

Soal selidik


Kaedah kajian yang menggunakan set soalan untuk mendapatkan data atau maklumat yang diperlukan bagi tujuan untuk dianalisis secara statistik .


Aktiviti:

  1. menyediakan borang soal selidik
    - soalan mudah dan tepat
    - gunakan jawapan soalan yang berbentuk ya/tidak, betul/salah
    - soalan hendaklah berkaitan dengan masalah dan reka ciptaan sedia ada yang dikenalpasti.
  2. menentukan bilangan sampel, bilangan yang sama banyak boleh memberi maklumat yang lebih tepat.
  3. mengumpulkan borang soal selidik yang telah diedarkan.
  4. menganalisis maklumat yang diperoleh.

Temu bual


Bertemu secara langsung dengan responden dan mengemukakan soalan secara lisan.


Aktiviti:

  1. mengenalpasti responden
  2. menetapkan masa, tempat dan tarikh temujanji
  3. menyediakan soalan yang berkaitan
  4. merekodkan jawapan responden ke buku idea / pita rakaman / rakaman video.

Pengalaman sendiri / orang lain


Menceritakan pengalaman yang dilalui samada pengalaman sendiri atau orang lain.


Aktiviti:

  1. menyatakan masa dan tempat di mana kejadian itu berlaku.
  2. Menerangkan kejadian yang berkaitan dengan masalah.

Kajian Perpustakaan


Melakukan kajian menggunakan bahan-bahan media seperti media cetak meliputi buku rujukan, jurnal , majalah ,artikel dan media elektronik.


Aktiviti:

  1. membuat rujukan / kajian melalui media cetak / elektronik
  2. menyatakan sumber kajian
    - media cetak : pengarang, judul, penerbit, tempat dan muka surat.
    - media elektronik: jenis (radio / tv), tajuk siaran, tarikh dan masa.

No comments:

Post a Comment